Amalkan empat panduan ringkas berikut, mulai hari ini, untuk membuat persediaan rapi bagi menduduki peperiksaan. 1. Semak nota ringkas Semak
semula kad-kad nota, nota-nota ringkas atau peta-peta minda yang telah
dibuat. Dengan menyemak semula nota-nota ringkas ini akan memberikan
peluang kepada anda untuk mengesan kelemahan anda pada sesuatu
topik.Jika masih ada yang belum difahami, ambil tindakan segera untuk
mencari maklumat tambahan sama ada daripada guru atau berbincang dengan
rakan-rakan.Semasa mengulang kaji, dapatkan tip daripada guru mengenai
topik-topik mana yang dirasakan penting untuk diberi penekanan.
2. Banyakkan latihan Lakukan
lebih banyak latihan daripada bank-bank soalan. Anda boleh melayari
Portal Pendidikan Utusan di www.adap.com.my untuk melihat kembali
bank-bank soalan bagi membiasakan diri anda dengan bentuk-bentuk soalan
sesuatu topik. Selain itu,
lihat kembali soalan-soalan kuiz yang pernah dikemukakan oleh guru-guru
anda di dalam kelas. Hal ini penting kerana mungkin guru anda merupakan
penggubal soalan-soalan peperiksaan. Beliau kemungkinan memberikan
soalan-soalan kuiz yang mirip soalan-soalan peperiksaan akhir.
3. Ulang kaji berkumpulan Mengulang
kaji secara berkumpulan memang baik untuk seseorang menguasai dan
memahami sesuatu subjek. Walau bagaimanapun, pastikan kumpulan belajar
tidak terlalu ramai kerana boleh menyebabkan hilang tumpuan dan lebih
banyak berbual kosong daripada belajar.Manfaatkan rakan dalam kumpulan
belajar ini untuk bertukar-tukar koleksi kertas-kertas soalan.
4. Urus masa ulang kaji Mengurus
masa ulang kaji itu penting tetapi yang lebih kritikal adalah untuk
mematuhi jadual yang telah dibuat. Waktu ulang kaji tertakluk kepada
kesesuaian tetapi yang penting buat ulang kaji setiap hari.Semasa ulang
kaji ini, seboleh-bolehnya, elakkan daripada gangguan-gangguan
sampingan seperti televisyen dan radio kerana perkara itu akan menganggu
tumpuan anda. ------------------------------------- Petua mengingat i.
Petua mengingati fakta-fakta yang sukar ialah sama ada dengan membentuk
akronim bagi pangkal huruf fakta atau mengaitkan dengan
kejadian-kejadian yang mempunyai kaitan dalam hidup anda.
ii. Membentuk rajah dan diagram mudah terutamanya bagi mengingati fakta-fakta yang memerlukan urutan.
iii.
Berlagak seperti guru iaitu dengan cara menjelaskan sesuatu konsep
secara verbal dan bukan bergantung kepada bahan atau buku-buku ulang
kaji. Melalui kaedah ini, anda boleh membayangkan sesuatu konsep secara
lebih jelas.
|